Showing posts with label wildlife. Show all posts
Showing posts with label wildlife. Show all posts

Reptile

Salam semua. kali ni nak berkongsi gambar ular yang dijumpai live depan mata kat dalam hutan. selalunya masuk hutan just dengar ular bergerak dalam semak. tak pernah nampak kelibat pun. tapi kali ini betul2 nampak depan mata siap posing atas pokok lagi. Ape lagi rezeki depan mata. berbekalkan 550D + 70-200 f4, trus shoot pelbagai angle yang menarik. kalau tak silap ni ular kapak. deadly beb. jarak sedepa je dgn ular tu.ngeh ngeh...

Nature ROCKS!!!


Aperture : f/4
Shutter : 1/160 sec
ISO : 1600

Aperture : f/4
Shutter : 1/250 sec
ISO : 1600


Aperture : f/4
Shutter : 1/200 sec
ISO : 1600

Aperture : f/4
Shutter : 1/100 sec
ISO : 1600

Aperture : f/4
Shutter : 1/50 sec
ISO : 1600

Aperture : f/4
Shutter : 1/4000 sec
ISO : 1600

eh ade gambar cicak lak...

Reversing Lens

Reverse lens merupakan teknik fotografi dalam dunia macro photography. Teknik ini murah, berkesan, tetapi sukar untuk dilakukan. Pada gambar ni aku gunakan kit lens canon 18-55mm yang diterbalikkan. Hasilnya takde la sharp sgt. Tapi close-up tu ade ar. Aku xgunakan sebarang equipment lain, just pegang lens dengan tangan je. Sebab tu gambar susah nak sharp.




Macro photography amat mementingkan penggunaan cahaya sebenarnya. Bagi pengguna lens macro, biasanya ia akan di gandingkan dengan ring flash.


Sebenarnya di pasaran ada dijual mounting untuk reversing lens. Cuma susah nak dapat sebab kurang popular. Daripada beli mounting tu, baik simpan duit beli macro lens terus. betul tak?

YEE 2012

Alhamdulillahh... menang tempat ke-3 dalam Photocontest sempena Youth Environtment Expo 2012.
Ni kali ke-3 join pertandingan fotografi terbuka.
Sebelum ni pernah join Canon photomarathon 2 kali.
Tapi belum ada rezeki.
Kali ni alhamdulillah dapat tempat ke-3.

Sekarang ni tengah saya tengah gila macro.
So tangkaplah gambar Lynx Spider ni


Sumber

Saya memilih labah-labah kerana ia adalah salah satu makhluk Allah yang membantu melindungi Rasulullah ketika peristiwa hijrah. Labah-labah tersebut menunjukkan sifat sayang dan kasihnya kepada Rasulullah.

Sifat labah-labah tersebut perlu dicontohi oleh semua golongan manusia untuk memelihara dan memulihara alam ciptaan Allah.

Bertepatan dengan tema peraduan ini iaitu "We Care, We Love, We Conserve"

I'm Cat Lover

Semenjak dua menjak ni sangat suka bermain2 dengan kucing. Rasa nak bela seekor tapi takde tempat lak nak jage memandangkan sekarang ni byk stay kat kolej dari kat umah. Karang kalo bela tapi tinggalkan kat umah takut terabai lak kebajikan kucing tersebut. So nanti2 la ye. Nak share skit gambar kucing yang pernah shoot dulu. Gambar yang ditangkap menggunakan camera lama iaitu Canon EOS 1000D + Flash Cybertik

ENJOY

Shutter Speed : 1/800s
Aperture : f/8
ISO : 1600
Focal Length : 149mm






Shutter Speed : 1/200s
Aperture : f/8
ISO : 100
Focal Length : 18mm






Shutter Speed : 1/200s
Aperture : f/8
ISO : 100
Focal Length : 21mm

Jalan-jalan Kuantan



Bulan lepas berpeluang untuk keluar berjalan-jalan. Peh bulan lepas punye gambar ni. Baru nak post kat sini. Dah basi dah gambar.hehe... Tapi takpe just nak share je. Jangan mare ye.hehe...

Gambar kali ni banyak landscape dan wildlife. Jalan-jalan kat Teluk Cempedak, dapat pulak langit biru menyala2. Ape lagi main landscape la. Kat situ juga banyak monyet. eh silap beruk. eh yeke. Kera kot. Tapi dalam keluarga mamalia tu gak la.hehe...

Kera2 ni memang dah biasa dengan manusia, siap jadi lanun lagi pau2 makanan sape yang lalu kat kawasan mereka. Saya sempat merakamkan sikit gelagat2 mereka. Nampak comel je. Tapi bahaya beb. Kene gigit karang.hehe...

Sape2 yang lalu bawak plastik, memang kera2 ni akan follow sebab ingatkan ada makanan, walaupun sebenarnya takda makanan. Nasib baik kera2 ni xreti pasal kamera, kalo tak abis kamera saya kene pau.hehe...Kera2 ni kalo attack ramai2 pulak tu. Family kera2 ni ada pelbagai usia. Dari yang anak sehingga lah yang atuk2. One happy family la kire ni.

Shoot menggunakan Canon 550D dengan setting picture style:-

Sharpness = 6
Contrast = 1
Saturation = 3
Color tone = 2

Saya pilih setting ni sebab kena dengan cita rasa saya sebab color gambar lebih vibrant dan cantik. Setting ni saya dapat setelah mencuba pelbagai picture style dan ni yang paling puas hati setakat ni. Color canon asal nampak natural tapi agak dull la. Saya tidak gemar itu.hehe...

Sila enjoy gambar2 di bawah. 100% no color correction or exposure correction. Just crop2 kasi framing cantik dan watermark.


Shutter speed : 1/30s
Aperture : f/16
ISO : 100
Focal Length : 18mm

Shutter speed : 1/30s
Aperture : f/16
ISO : 100
Focal Length : 18mm


Shutter speed : 1/250s
Aperture : f/5.6
ISO : 800
Focal Length : 214mm


Shutter speed : 1/200s
Aperture : f/5
ISO : 800
Focal Length : 146mm



Shutter speed : 1/200s
Aperture : f/5
ISO : 800
Focal Length : 119mm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...