Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Tips to get a perfect shots!

This is some tips to get a perfect shots in photography.
Don't you think you have a great camera that's mean it can give you a perfect picture.
You really need to know some basic needs in camera setting to get the nice shot.
Here it is...




I hope you get it.
Practice make perfect.
Share you pictures and gets people feedback to improve your photography.
Learn from mistake and share your knowledge with others.
Feel free to comments if you have any questions.

Kalau ada soalan sila komen :)

Have a nice day...

Warna juga ada suhu


EXIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah dengar pasal EXIF? EXIF atau nama panjangnya EXchangeable Image File ialah detail mengenai setting gambar yang ditangkap. 


Cuba lihat disebelah kanan gambar diatas. Itu ialah EXIF yang dipaparkan untuk gambar lebah sebelah kiri tu. Antara EXIF yang dipaparkan ialah shutter speed, aperture, ISO, focal length dan sebagainya.

Apa tujuan sebenar EXIF ni?

1. Menentukan hak milik gambar yang ditangkap. Copyright gambar selalu menjadi isu dalam dunia fotografi terutama yang melibatkan penerbitan dan duit. So dengan melihat data EXIF ni ia boleh menunjukkan bukti keaslian gambar tersebut kerana EXIF ini hanya dikeluarkan oleh kamera tersebut.

2. Pembelajaran. Kadang-kadang kita tak tau setting yang sesuai untuk menangkap sesuatu gambar, maka kita akan guna pelbagai setting untuk mendapatkan gambar yang jadi. Hasil gambar yang jadi itu, kita akan lihat EXIF nya dan menjadi sumber rujukan kita untuk menangkap gambar pada keadaan yang sama.

Kalau lihat gambar-gambar yang saya post dalam blog ini, ada saya kongsikan EXIF setiap gambar. Itu adalah untuk tujuan pembelajaran saya dan rakan-rakan yang sudi mengunjungi blog ini.

 - Have a nice day -

Silhouette

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Silhouette. Pernah dengar perkataan ini tak? Dalam bahasa melayu siluet. Menurut kamus dewan edisi keempat yang warna merah tu (beli guna kupon buku 1Malaysia. hehe...), siluet ialah imej atau gambar seseorang atau sesuatu dalam bentuk bayang. Bila berkata mengenai bayang, mestilah warna hitamkan. Jadi kita membuat subjek itu menjadi bayang atau bewarna hitam. Bagaimana ianya dilakukan ialah sumber cahaya perlu direct ke arah lensa kamera. Dan di antara kamera dan sumber cahaya, terletak subjek siluet.








Subjek siluet ni kalau manusia, memang tak nampak wajah, kalau side tepi muka, boleh nampak permukaan mata hidung dan mulut. Ini adalah satu teknik kreatif dalam fotografi. Setting nya amat mudah. Disebabkan cahaya akan datang direct, maka ISO boleh letak serendah 100, manakala aperture pula tidak menjadi masalah utama asalkan shutter speed laju. Gambar siluet akan lebih cantik jika dapat landscape yang cantik. Subjek siluet dapat mengisi ruang kosong landscape tersebut. Teknik ni sangat mudah. Apa-apa kamera pun boleh guna.

Untuk gambar di bawah, equipment yang saya gunakan ialah:

Canon EOS 550D + Tokina 11-16mm

Gambar telah di edit contras menggunakan ACDSee Photo Manager 12 bagi mendapatkan effect siluet yang lebih jelas.



Shutter Speed : 1/640s
Aperture : f/8
ISO : 100
Focal Length : 11mm






Shutter Speed : 1/640s
Aperture : f/8
ISO : 100
Focal Length : 11mm







Shutter Speed : 1/50s
Aperture : f/16
ISO : 100
Focal Length : 11mm





Shutter Speed : 1/50s
Aperture : f/16
ISO : 100
Focal Length : 11mm






Shutter Speed : 1/160s
Aperture : f/10
ISO : 100
Focal Length : 11mm






Shutter Speed : 1/200s
Aperture : f/8
ISO : 100
Focal Length : 11mm


Slow Shutter

Salam... Hari ini nak berkongsi mengenai teknik slow shutter. Teknik slow shutter ini kita boleh apply quote "camera is not a matter to create a good quality of picture". Sebabnya semua jenis camera boleh digunakan untuk teknik ini. Cuma perlu tahu cara yang betul sahaja.

Antara equipment yang diperlukan ialah camera, tripod dan sebagai bonus shutter release. Camera ape jenis pun boleh dan apa brand pun boleh. Tapi yang mudah untuk digunakan ialah DSLR la. Kalau camera compact boleh juga. Tetapi perlu setting yang sesuai la. Tripod amat penting untuk bermain slow shutter. Camera perlu berada dalam keadaan statik. Jika tidak keseluruhan gambar akan bergegar dan kabur. Shutter release kalau ada memudahkan kerja, kalau tiada pun tidak menjadi masalah.

Apa itu teknik slow shutter? Ok teknik ini untuk menangkap subjek yang bergerak bagi mendapatkan effect pergerakan tersebut. Camera akan berada dalam keadaan statik, dengan setting shutter dibuka lama bergantung kepada keadaan cahaya ketika itu. Subjek yang saya pilih untuk apply slow shutter ini ialah landscape sungai. Dengan menggunakan teknik slow shutter ini, aliran sungai dapat dirakamkan seolah-olah ia bergerak di dalam gambar. Gambar yang dihasilkan akan tampak lebih hidup dah lebih cantik daripada aliran air yang statik.

Selain landscape sungai, teknik ini boleh digunakan untuk pergerakan awan, orang lalu-lintas, kenderaan lalu-lalang, arus laut dan untuk menangkap startrail juga menggunakan teknik slow shutter ini.

Equipment yang saya gunakan ialah Canon EOS 550D + Tokina 11 - 16mm + Gorillapod (Tripod kecik macam ulat tu). Lokasi di Kem Lolo, Gunung Nuang.

ENJOY


Shutter : 2.5s
Aperture : f/8
ISO : 100
Focal Length : 11 mm






Shutter : 6s
Aperture : f/8
ISO : 100
Focal Length : 11 mm







Shutter : 8s
Aperture : f/8
ISO : 100
Focal Length : 11 mm






Shutter : 13s
Aperture : f/8
ISO : 100
Focal Length : 11 mm







Shutter : 5s
Aperture : f/8
ISO : 100
Focal Length : 11 mm







Shutter : 5s
Aperture : f/8
ISO : 100
Focal Length : 11 mm








Shutter : 0.6s
Aperture : f/16
ISO : 100
Focal Length : 11 mm

Sport Photography


Salam... Hari ni nak share gambar sport. Gambar ni ditangkap pada 11 Feb 2012 yang lalu. Tapi disebabkan aura malas nak update blog sedang melanda, tu yang lambat skit tu.hehe...

Ok sport photography bagi  saya satu tema yang mudah tetapi agak sukar untuk menjana keuntungan serta memerlukan modal yang agak besar. Mudah maksud saya adalah gambar yang ditangkap tidak perlu di edit dari segi skin color, tone warna dan sebagainya. Gambar yang ditangkap lebih selesa dengan color yang natural. Kalau perlu edit pun cuma minor editing sahaja. Tetapi gambar sport biasanya perlu di crop kerana nak fokus pada subjek.

Sport biasanya subjek bergerak dalam keadaan yang laju dan tidak dapat dijangka. Jadi photographer perlu sentiasa bersedia untuk menangkap moment yang menarik. Oleh sebab itu untuk sport photography memerlukan modal yang agak tinggi kerana memerlukan body camera yang frame per second dia laju serta lens yang autofocus laju dan sharp. Kalau sebelum ni pernah dengar untuk menghasilkan gambar yang cantik, bukan camera jadi ukuran kan. Tapi untuk sport photography jenis camera memang memainkan peranan penting. Kalau tak kerje men delete gambar je laaa.hehe...

Kenapa saya katakan agak sukar untuk menjana keuntungan? Hal ini kerana kita memerlukan connection dengan publisher yang inginkan gambar sport seperti majalah sukan, news paper, website, kelab atau persatuan dan sebagainya. Konsep sport photography ni pula lebih kepada journalism. Maksudnya kita perlu tahu apa yang berlaku pada gambar yang kita tangkap. Jadi apabila hantar gambar kepada publisher, ia perlu disertakan dengan caption sedikit mengenai siapa pemain tersebut dan apa yang berlaku ketika itu. Jika tidak, gambar itu tidak memberi makna. Ianya hanya sekadar cantik mata memandang.hehe...

Cukuplah dulu untuk sharing pada hari ini. Nanti ada masa saya berkongsi lagi. Enjoy dulu gambar ragbi di bawah.

Shoot with Canon 550D + Sigma 70 - 300mm
Picture Style Standard
Manual setting





Shutter Speed : 1/1000s
Aperture : f/5
ISO : 800
Focal Length : 214mm







Shutter Speed : 1/1000s
Aperture : f/5
ISO : 1600
Focal Length : 214mm







Shutter Speed : 1/1000s
Aperture : f/5.6
ISO : 1600
Focal Length : 238mm






Shutter Speed : 1/800s
Aperture : f/4
ISO : 1600
Focal Length : 119mm







Shutter Speed : 1/1000s
Aperture : f/5
ISO : 1600
Focal Length : 168mm








Shutter Speed : 1/1000s
Aperture : f/4
ISO : 1600
Focal Length : 100mm






Shutter Speed : 1/1250s
Aperture : f/5.6
ISO : 1600
Focal Length : 300mm






Shutter Speed : 1/800s
Aperture : f/4
ISO : 800
Focal Length : 108mm







Shutter Speed : 1/800s
Aperture : f/4
ISO : 800
Focal Length : 70mm







Shutter Speed : 1/800s
Aperture : f/4.5
ISO : 800
Focal Length : 149mm



Dah baca LIKE la sekali

Sape yang ada Says & Churp sile click link dibawah dan tinggalkan komen supaya saya boleh click balik :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...