Showing posts with label Canon Photomarathon. Show all posts
Showing posts with label Canon Photomarathon. Show all posts

Kuala Lumpur: Contradictory View



KUALA LUMPUR
Suatu pandangan kontra
Padang kosong, perumahan serta pencakar langit

Menggunakn teknik Tone Mapping untuk menghasilkan imej HDR

My Photomarathon 2013 Pics


 Aperture : f/16
Shutter : 1/200 sec
ISO : 100

Untuk tema pertama, BUMI: Elemen yang kita berkembang dan berkembang dari. Menunjukkan kepada kita bagaimana ia ada hubung kait dengan alam sekitar.

Saya memilih gambar sehelai daun yang berlubang berlatar belakangkan  bangunan pencakar langit.
Satu mesej yang cuba saya sampaikan ialah pembangunan pesat di dunia mengakibatkan hakisan yang teruk pada Bumi.

Saya memberi tajuk gambar ini sebagai Development is the Earth Cancer.




  Aperture : f/8
Shutter : 1/30 sec
ISO : 100

 Tema kedua pula, HITAM DAN PUTIH: Suatu kontras yang menggambarkan pelbagai bentuk ungkapan.

Saya memilih konsep silhouette untuk tema ini. Subjek seseorang sedang berdoa berlatarbelakangkan bentuk islamik.

Saya memberi tajuk gambar ini Prayer in Solitude.


 Aperture : f/11
Shutter : 1/50 sec
ISO : 800

Dan tema terakhir PERKARA-PERKARA KECIL YANG PENTING: Dalam bentuk emosi, sesuatu perbuatan atau sesuatu yang amat penting.

Saya memilih konsep alam sekitar juga. 5 biji benih atas hamparan daun berlatarbelakangkan pembangunan. Saya cuba menyampaikan mesej dimana nilai benih yang kecil ini amat penting tatkala pembangunan pesat menguasai bumi.

Saya memberi tajuk gambar ini Surviving Seeds

Itu sahaja gambar yang ingin saya kongsikan.
Terima kasih kerana sudi singgah...

Canon Photomarathon 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu lepas telah berlalu satu event yang dianjurkan oleh Canon Malaysia iaitu Canon Photomarathon 2013 peringkat Malaysia. Ini kali ke-3 saya menyertai event ini. Setakat ini belum ada rezeki untuk apa-apa kategori. Sedikit sebanyak nak share pengalaman untuk kali ini.




Malam sebelumnya for the first time on camera selepas tragedi lemas di sungai Nenggiri. Boleh baca kisahnya disini . Alhamdulillah semuanya berfungsi seperti biasa. Cuma 70-300mm lens sebelah dalam kotor. Tapi still boleh tangkap gambar. Sebenarnya sebelum ni dah rasa macam give up nak pergi marathon ni sebab keadaan camera yang masih dalam rawatan. So apa-apa persedian pun tak buat. Gambar pun tak research untuk rujukan marathon. Lokasi-lokasi strategik pun tak cari lagi.

Tapi bila camera ni dah ok, pergi jela sebab lagi pun dah bayar yuran penyertaan. So malam tu terus tidur dan prepare untuk esoknya.


Lepas subuh terus bangun mandi dan prepare beg untuk marathon. Kali ni si telur kuning menjadi peneman. Pukul 7am terus gerak ke Times Square.


Dalam 7.30am sampai di Times Square. Terus ke registration counter. Lepas register tu dapat la goodies bag yang dalamnya ada towel cop canon besar dan tebal, tag participant, air, tshirt canon photomarathon, pass tiket GSC Cinema untuk seorang dan breakfast KFC.

Front stage event pada hari itu


Breakfast dulu pagi tu



Lepas breakfast ingat nak hantar camera pergi servis dulu tapi tempat ni lambat setup pulak. Lagi pun banyak camera tengah beratur nak servis percuma. Last-last tak buat pun. Next time la.hehe... Buat kat Canon Center pun free je.

 MC pada hari itu




 The Judges



 Tema pertama pada hari itu ialah Earth/Bumi. Memang nature sungguh. Macam-macam idea keluar tapi nak cari gambar tu memang mencabar.


 Flag off


Submition gambar pertama. Ok setiap tema akan diberi masa lebih kurang 3 jam untuk cari gambar dan upload di kaunter submition. Selepas itu baru tema berikutnya akan diberitahu melalui roda yang berpusing. So dari segi pemilihan tema kali ini memang adil la.



 Tema kedua pula Hitam & Putih. Aduh aku lemah lagi tema ni. Tak pernah try pun. Asik main colorful je. Memang satu cabaran buat aku.


 Sebelum cari gambar singgah KFC dulu untuk lunch



Lepas submit gambar kedua battery pulak buat hal. Terpaksa cari plug kat dalam Times Square tu untuk charge sekejap. Sempat la charge sampai kene halau dengan pakgad. hehe...

Start dari petang tu KL hujan selebat-lebatnya. Memang mencabar nak cari gambar time hujan. Badan memang basah kuyup la. Nasib baik ada si telur kuning yang banyak pengalaman dah main air. So tiada masalah untuk travel dalam hujan dan memastikan camera dalam keadaan kering dan selamat.


Tema terakhir ialah Perkara-Perkara Kecil Yang Penting. Pening jugak nak cari gambar macam ni




Lepas submit gambar terakhir tunggu untuk result pulak. Sekitar 7.30pm result diumumkan. Nampaknya kali ni tiada rezeki lagi. Tapi memang puas hati tengok gambar-gambar pemenang tu. Mereka memang layak. Tapi sebenarnya aku sedikit terkilan kerana tak menggunakan kemahiran aku dalam dunia macro untuk pertandingan kali ini. Memang kali ini tidak bersedia. Takpe2 maybe next time.

Boleh tengok gambar-gambar pemenang kat page FB Canon ni.

Gambar aku pulak next posting aku akan share kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...