EXIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah dengar pasal EXIF? EXIF atau nama panjangnya EXchangeable Image File ialah detail mengenai setting gambar yang ditangkap. 


Cuba lihat disebelah kanan gambar diatas. Itu ialah EXIF yang dipaparkan untuk gambar lebah sebelah kiri tu. Antara EXIF yang dipaparkan ialah shutter speed, aperture, ISO, focal length dan sebagainya.

Apa tujuan sebenar EXIF ni?

1. Menentukan hak milik gambar yang ditangkap. Copyright gambar selalu menjadi isu dalam dunia fotografi terutama yang melibatkan penerbitan dan duit. So dengan melihat data EXIF ni ia boleh menunjukkan bukti keaslian gambar tersebut kerana EXIF ini hanya dikeluarkan oleh kamera tersebut.

2. Pembelajaran. Kadang-kadang kita tak tau setting yang sesuai untuk menangkap sesuatu gambar, maka kita akan guna pelbagai setting untuk mendapatkan gambar yang jadi. Hasil gambar yang jadi itu, kita akan lihat EXIF nya dan menjadi sumber rujukan kita untuk menangkap gambar pada keadaan yang sama.

Kalau lihat gambar-gambar yang saya post dalam blog ini, ada saya kongsikan EXIF setiap gambar. Itu adalah untuk tujuan pembelajaran saya dan rakan-rakan yang sudi mengunjungi blog ini.

 - Have a nice day -

2 comments:

APAN said...

geng2 DSLR bijak la mende2 gini...kite geng kamera hp je...

Asyraf Azizan said...

@APAN

ilmu ni bleh share2. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...