My Photomarathon 2013 Pics


 Aperture : f/16
Shutter : 1/200 sec
ISO : 100

Untuk tema pertama, BUMI: Elemen yang kita berkembang dan berkembang dari. Menunjukkan kepada kita bagaimana ia ada hubung kait dengan alam sekitar.

Saya memilih gambar sehelai daun yang berlubang berlatar belakangkan  bangunan pencakar langit.
Satu mesej yang cuba saya sampaikan ialah pembangunan pesat di dunia mengakibatkan hakisan yang teruk pada Bumi.

Saya memberi tajuk gambar ini sebagai Development is the Earth Cancer.




  Aperture : f/8
Shutter : 1/30 sec
ISO : 100

 Tema kedua pula, HITAM DAN PUTIH: Suatu kontras yang menggambarkan pelbagai bentuk ungkapan.

Saya memilih konsep silhouette untuk tema ini. Subjek seseorang sedang berdoa berlatarbelakangkan bentuk islamik.

Saya memberi tajuk gambar ini Prayer in Solitude.


 Aperture : f/11
Shutter : 1/50 sec
ISO : 800

Dan tema terakhir PERKARA-PERKARA KECIL YANG PENTING: Dalam bentuk emosi, sesuatu perbuatan atau sesuatu yang amat penting.

Saya memilih konsep alam sekitar juga. 5 biji benih atas hamparan daun berlatarbelakangkan pembangunan. Saya cuba menyampaikan mesej dimana nilai benih yang kecil ini amat penting tatkala pembangunan pesat menguasai bumi.

Saya memberi tajuk gambar ini Surviving Seeds

Itu sahaja gambar yang ingin saya kongsikan.
Terima kasih kerana sudi singgah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...